Amalan Seni Silat Kalam Silat_Kalam

Salasilah,ia adalah umpama permata yang tersembunyi,yang memberi erti didalam solat ada senjata dan lengkap dengan perisainya.Pengertiannya iaitu;senjata Qauli,senjata Qalbi dan senjata Fi'li yang maknanya adalah seperti berikut:-

Qauli- Adalah pergerakan dan perbuatan lidah yang mengeluarkan doa dan zikir sehingga melahirkan kosentrasi menerusi fikiran yang mengandungi kekuatan yang berkaitan dengan hati sentiasa menyebut KERANA ALLAH.Qalbi- Ketulusan hati yang dilahirkan dari perbuatan Qauli sehingga meniupkan Roh didalam jiwa yang mewujudkan kekuatan Rohani yang sentiasa hatinya menyebut KERANA ALLAH.

Fi'li- Dari perbuatan Qauli dan Fi'li dikaitkan dengan hati yang sentiasa menyebut KERANA ALLAH dengan dipadukan gerak geri solat yang semuanya mengandungi unsur Defensif(mempertahankan diri)maka akan lahirlah kekuatan yang Komprehensif dan terpadu antara Doktrinasi,kenyakinan dan Praktikal.Dari sini maka wujudlah kekuatan yang Hakiki seperti mana Sabda Rasulullah sebagai berikut:

INNAMA A'MALU BINNIYAT yang bermaksud sesungguhnya sah sesuatu amal adalah beserta dengan niat semata KERANA ALLAH.

Seni Silat Kalam pada keseluruhannya mengandungi 30 pergerakkan/Tepisan yang telah menjadi asas seni gerak mempertahankan diri. Ia bermula dengan tepisan Doa,Qiam,Rukuk hinggalah kepada Tepisan Takbir. Pada keseluruhan pergerakkan keseniannya ia tidak melebihi daripada 3 langkah; dan penggunaan keseluruhan daripada Pancaindera yang lima disambungkan penggunaannya dengan sepenuhnya;

  • Pernafasan
  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Akal Fikiran
  • berkata-kata.

Kesinambungan penyatuan dan kepaduannya dan pada keseluruhan kesempurnaannya dapat merasakan kefungsian pancaindera yang lima ini bermanfaat pada diri.

Pihak PIKUM kini sedang dalam usaha membangunkan Akademi Kalam Utama Malaysia yang akan bertapak di Dengkil,Selangor bagi meneruskan usaha menyampaikan Amanah para Guru-guru terdahulu.